June 13, 2009

Majlis Persandingan Ryne & Farid @ Penang

Untuk custom album majlis persandingan ini, saya berpeluang untuk mengikuti kursus Custom Alcum yang dianjurkan oleh FOTOKAHWIN.com dan Empayar KUKUBESI. Berikut adalah bebrapa hasil yang dapat saya tunjukkan utk memperlihatkan perubahan dari segi design custom album.









Berikut adalah beberapa shoot di majlis tersebut.









May 2, 2009

Wedding: Syed Abdul Rahim & Nurhafizam @ Kuala Terengganu

Saya berpeluang untuk mengambil beberapa shoot semasa Majlis Akad Nikah dan Majlis Persandingan di Kuala Terengganu. Pengantin lelaki adalah pakcik untuk keluarga isteri saya.
Pengalaman ini amat berharga kerana inilah kali pertama saya dapat menyaksikan majlis perkahwinan di negeri pantai timur. Bagi saya terdapat beberapa kelainan di antara perkahwinan di pantai barat dan timur. Anatarnya majlis itu sendiri dan dari segi barangan hantaran.

Berikut adalah favorite shoot dalam majlis tersebut:



















March 29, 2009

Peuehaba Aceh 3

Tanggal 23 Mac 2009, sejumlah pelajar dan staff dari Multimedia University, Malaysia telah berlepas ke Banda Aceh Darussalam untuk menyumbang komputer dan ilmu IT kepada anak-anak yatim. Kumpulan ini mendapat kerjasama PKPU (Pos Keadilan Peduli Umat) sebuah NGO yang memantau beberapa rumah anak yatim di Aceh.


February 8, 2009

Wedding: Amin & Adzza @ Bentong, Pahang

Majlis persandingan di sebelah pengantin lelaki telah berlangsung di Lembah Bilut, Bentong, Pahang.
Majlis telah berlangsung dengan rombongan pengantin perempuan tiba di rumah pengantin lelaki. Cuaca sangat baik skali tetapi matahari agak terik menyebabkan saya berpeluh-peluh.
Kedua-dua mempelai disambut dengan pukulan kompang dari team kompang kampung tersebut. Diteruskan pula dengan pertunjukan silat. Berbagai-bagai aksi ditunjukkan dari gerakan beramai-ramai sehingga pertarungan menggunakan kayu. Sangat menarik...!
Seteruskan majlis makan beradab bersama keluarga kedua-dua pengantin.
Saya mengambil kesempatan juga untuk memanggil pengantin ke bilik pengantin untuk mengambil beberapa shoot pose. Warna biru baju dan bilik pengantin sangat menarik sekali...
Berikut adalah beberapa shoot yang saya sangat suka:

January 31, 2009

Wedding: Amin & Adzza @ Alor Setar



Selepas majlis akad nikah, pengantin bersiap-siap untuk majlis persandingan di tengahari.
Saya berpeluang untuk shoot beberapa moments di kedai baju pengantin semasa make-up. Menjadi satu trend sekarang untuk shoot semasa pengantin sedang bersiap...
Kemudian rombongan pengantin lelaki sampai ke rumah pengantin perempuan disambut dengan pukulan kompang dari AV system. Diteruskan pula dengan majlis merenjis diatas pelamin yang cantik.
Pengantin agak sibuk sepanjang majlis dengan kehadiran saudara-mara dan sahabat handai yang telah lama tidak berjumpa. Jadi masa utk shoot pose agak terhad ditambah pulak dengan pengantin yang agak kepenatan...

Solemnization: Amin & Adzza @ Alor Setar

Majlis akad nikah ini berlangsung di Masjid Tambak Bunga, Alor Setar, Kedah pada 31 JAN 2009. Ia diadakan pada awal pagi dalam pukul 10am. Sebenarnya pengantin perempuan adalah adik kembar saya.
Pada awalnya kami sampai, saya sempat ambil beberapa shoot keadaan pengantin menanti detik yang paling bermakna, sementara menunggu tok kadi sampai...
Majlis akad nikah berjalan dengan lancar dengan pengantin dinikahkan sendiri oleh bakal ayah mertua.
Majlis diteruskan dengan majlis penyerahan mas kahwin dan sebentuk cincin oleh si suami kepada si isteri. Dibalas pula dengan si isteri memberikan sebentuk cincin kepada si suami.

January 25, 2009

Engagement: Shahrul & Nadia @ Muar

Saya berkesempatan untuk menjadi their Official Photographer semasa Majlis Pertunangan di antara Nurnadia Bt Said dengan pasangannya Shahrul Bin Ab. Rasid di Muar, Johor.

Saya sampai di rumah Nadia semasa pagi untuk survey dulu area rumah dia. Nanti senang untuk plan shot yang sesuai. Majlis bermula selepas solat zohor dengan kedatangan rombongan lelaki disambut mesra oleh tuan rumah.

Majlis semuanya berjalan lancar.

Thanks to Nadia for her great coorperation during the event. But unfortunately, I couldn't met Shahrul because... InsyaAllah I'm going to be their official photographer for their wedding ceremony.

These are some shots during the event.


Untuk melihat gambar-gambar lain untuk majlis ini, sila layari http://flickr.com/photos/mfikriazli